Tuesday, March 1, 2011

SUMBER RUJUKAN KOMUNIKASI ISLAM

Komunikasi Islam ialah proses dalam menyampaikan utusan kepada seseorang atau masyarakat untuk dijadikan milik bersama tentang maklumat,pengetahuan,kemahiran,sikap dan kepercayaan berlandaskan syariat Islam.

Berdasarkan definisi tersebut menunjukkan komunikasi Islam merupakan komunikasi yang berasaskan bimbingan wahyu dan Sunnah Rasulullah SAW atau dengan kata lain:
·                     Al-Quran sebagai ajaran komunikasi
·                     As-Sunnah sebagai Amali atau praktikal atau model operasi
·                     Ulamak-ulamak merupakan penerus pengembangan model komunikasi Rasulullah SAW dan Al-Quran dari masa ke masa melalui proses Ijtihad dan prinsip dalil qat'i.   

No comments:

Post a Comment