Tuesday, March 1, 2011

PENGERTIAN & MATLAMAT KOMUNIKASI ISLAM

Komunikasi Islam merupakan komunikasi yang berasaskan nilai-nilai keagamaan dan terjamin kebenarannya serta membawa keselamatan dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Firman Allah S.W.T  bermaksud:
"Telah Kami turunkan kepadamu Al-Kitab,untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang berserah diri kepada Allah".
                                                                                                   
                                                                                                                                (Al-Nahl: 89)
Matlamat

1.Memberitahu 
 -memaklumkan kepada seseorang atau sesebuah masyarakat tentang ajaran-ajaran yang terkandung dalam    Al-Quran dan As-Sunnah.

2.Menerangkan
 -memberi penjelasan tentang ajaran-ajaran agama secara terperinci megenai ajaran-ajaran Al-Quran dan As-Sunnah supaya ianya dapat difahami oleh semua golongan masyarakat dan mudah untuk dilaksanakan dalam kehidupan seharian.

3.Memberi kefahaman
 -memperjelas tentang ajaran Islam agar ianya boleh difahami oleh umat Islam.Kefahaman tersebut melibatkan perkara-perkara yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan Islam,hukum-hakam atau undang-undang Islam,sistem kehidupan secara Islam dan mengambil Islam sebagai "the way of life" (AdDin).

4.Memberi ilmu
 -komunikasi dakwah sangat diperlukan untuk menyampaikan pelbagai ilmu pengetahuan yang terkandung dalam ajaran Islam.Ilmu pengetahuan tersebut ,terdiri daripada ilmu-ilmu wahyu atau ilmu naqli dan juga ilmu-ilmu aqli(pemikiran).

5.Memberi petunjuk
 -memberi panduan atau mengarahkan jalan kehidupan yang benar yang diredhai Allah S.W.T.Misalnya memberi panduan kepada masyarakat tentang bagaimana cara-cara beribadah yang betul,berurus niaga secara Islam,mengurus masyarakat secara Islam,berkeluarga secara Islam dan sebagainya.

6.Menyeru kepada kebajikan
 -mengajak atau mengimbau manusia untuk melakukan perkara-perkara yang berbentuk kebajikan dalam kehidupan terutamanya dalam menangani masalah kemiskinan,sosial,pendidikan,kesihatan dan sebagainya.

7.Mengurus pemerintahan dan pentadbiran (Memerintah dan Mentadbir)
 -melaksanakan pemerintahan dan mengurus pentadbiran yang baik mestilah melalui jalinan komunikasi yang berkesan antara pemerintah dan pentadbir dengan pihak yang diperintah dan kakitangan.Ini adalah untuk menimbulkan hubungan yang harmoni dalam kalangan pelbagai pihak dan menimbulkan sikap kepuasan bekerja dalam kalangan kakitangan.

8.Memberi hikmah
 -hikmah bermaksud suatu kebijaksanaan atau suatu kebenaran.Bagi melaksanakan suatu kebijaksanaan dalam sesuatu perkara memerlukan suatu bentuk komunikasi yang baik dan berterusan.

9.Menyampaikan khabar gembira dan memberi peringatan
 -khabar gembira bermaksud berita-berita dari Al-Quran dan As-Sunnah .
 -memberi peringatan ialah perkara-perkara yang berbentuk amaran dari Allah S.W.T terhadap umatnya yang lalai atau melanggar ajaran-ajaran agama.

No comments:

Post a Comment