Monday, March 21, 2011

KESAN PENYALAHGUNAAN MEDIA TERHADAP MASYARAKAT

Terdapat pelbagai kesan yang negatif apabila ada beberapa pihak yang menyalahgunakan media ini..
1.                  Media elektronik
- Televisyen merupakan media elektronik yang merupakan penggunaan yang medium dan amat terkenal, semua orang akan menonton televisyen bukan sahaja di malaysia malah seluruh dunia mempunyai televisyen. Apa yang ingin disampaikan disini pengisi di televisyen hendaklah mengikut apa yang telah di hadkan. sebagai contoh setiap cerita yang ingin ditayangkan perlu membuat tapisan agar adengan-adengan tidak patut ada, ada ketika siaran berlangsung. Hal ini dapat membuatkan masyarakat lebih bebas dan akan mudah terpengaruh dengan sifat negatif itu.

- Internet pula adalah penggunaan teknologi yang amat terkenal kerana segalanya dihujung jari anda, internet adalah penyampai maklumat yang paling pantas seperti cerita-cerita sensasi malah apa saja yang berlaku dalam dunia ini hanya dengan 'search' di internet. Begitu mudah dan cepat tetapi yang menyedihkan ade pihak yang menyalahgunakan keprluan ini dengan nafsu dan hasad dengki.

- Radio adalah penyampaian antara media dan orang awam, segala cerita yang berlaku akan di disampaikan oleh penyampai radio pada hari itu, tetapi apa yang ingin ditekankan penggunaa ini harus mengikut syarat yang di tetapkan. segala maklumat perlu disampaikan mengikut kefahaman semua peringkat usia. Sikap yang ditonjolkan sebagai penyampai yang bermaklumat amat dititik beratkan.

Sebagai seorang yang cekap dan mahir dalam penggunaan media ini, kita patut sedar bahawa media merupakan dakwah yang amat penting dalam menyampaikan maklumat kepada manusia. Apabila didapati maklumat yang disampikan itu tidak benar maka masyarakat pun menerima maklumat itu sebagai tidak benar. Segala kebenaran yang di sampaikan media amat perlu ditekankan kerana masyarakat hari ini amat bergantung Kepada media untuk apa yang berlaku pada dunia setiap hari.

ETIKA KOMUNIKASI ISLAM DAN KEWARTAWANAN DALAM MASYARAKAT

Allah Ta’ala berfirman: “Dan berkat rahmat Allah engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu,….”
(Ali Imran ayat 159)
Menurut Jalaluddin Rachmat ada lima saranan dalam al-Quran berkait dengan etika komunikasi. Iaitu:

PERTAMA:
 qaulan sadida ( al-Nisa' :9)
Bermaksud isi pesan harus jujur dan benar. Ertinya informasi haruslah disampikan dengan jujur dan benar tanpa dibuat-buat, tidak menambah atau mengurangi isi berita.

KEDUA:
 qaulan ma'rufa ( al-Nisa' :5)
Iaitu menyeru kepada kebenaran dan kebaikan.

KETIGA: qaulan baligha (al-Nisa' :63)
Bermaksud informasi yaang inigin disampaikan kepada masyarakat hendaklah berupa kata-kata yang mampu memberkas pada jiwa seseorang.

KEEMPAT:
 qaulan maisura (al- Isra': 28)
Bermaksud informasi yang ingin disampaikan hendaklah merupakan ucapan yang layak dan baik untuk dibicarakan.

KELIMA:
 qaulan karima (al- Isra': 23)
Bermaksud informasi haruslah berupa perkataan-perkataan yang mulia.

Bila kelima-lima saranan ini di atas dijadikan acuan dalam komunikasi nescaya tidak akan terjadi salah maklumat dan penyelewengan yang mampu memporak perandakan masyarakat.

Kewartawanan ialah apa saja yang berkaitan dengan bidang tugas wartawan dan segala yang berkaitan dengan hal penerbitan dan penulisan surat khabar atau majalah ( kamus dewa edisi 1993 :1461). Malahan kewartawanan juga melibatkan bidang komunikasi penyiaran, televisyen dan radio dan apa saja yang bersifat memberi maklumat sama ada lukisan-lukisan dalam gua-gua purba, batu bersurat, tulisan pada batu-batu nisan hinggalah kepada gambar dan tulisan pada wang dan setem-setem ( H.M Tuah Iskandar 1997:1)

Wartawan Islam
wartawan islam ialah wartawan-wartawan bebas. Akidah tauhid yang mantap dalam jiwa membebaskan mereka dari belenggu perhambaaan sesama manusia dan makhluk lain. Natijah daripada itu, membebaskan mereka dari sebarang pengaruh, baik dari segi kebendaan, pangkat, kedudukan dan nama, bebas dari orang-orang yang berpengaruh dan juga bebas daripada memperalat dan diperalat. Wartawan Islam bertugas demi mencari keredhaan Illahi. Bersenjatakan mata pena mereka berjihad menulis dan melapur berita dan maklumat atas dasar kebenaran dan keadilan bagi membentuk masyarakat agar bertakwa dan cintakan kebaikan.

Kesimpulannya, seorang wartawan Islam itu mestilah melaksanakan tanggungjawab agama di samping tanggungjawab sosial. Mereka adalah pewaris tugas menyebar ilmu dan maklumat sebagaimana yang dilalui oleh mereka yang terdahulu. Wartawan Islam yang sejati ialah mereka yang bertugas atas niat kerana Allah dan melaksanakan tugas mengikut landasan dan ketetapan Islam bagi menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar.


CARA (KOMUNIKASI ISLAM) YANG DAPAT MENDEKATI GOLONGAN REMAJA

Gejala sosial seperti mat rempit, penyalahgunaan dadah, ajaran sesat dan keruntuhan akhlak semakin menular dalam masyarakat Islam hari ini khususnya dikalangan belia. Proses tarbiah golongan belia dan remaja di zaman yang penuh mencabar ini sepatutnya bermula di masjid. Sepatutnya proses tarbiah rohani golongan pelapis kepimpinan negara ini dilaksanakan dengan penuh bersistem dengan berlandaskan methodologi dakwah yang bersesuaian bagi menarik minat mereka untuk mengimarahkan masjid. Namun persoalannya, institusi masjid di negara ini tidak dilihat sebagai apa yang disifatkan sebagai mesra belia.

Selain itu, golongan belia dan remaja juga dilihat semakin menjauhi masjid kerana pihak jawatankuasanya yang belum bersedia melakukan anjakan paradigma . Ini termasuk kurangnya usaha menarik minat golongan belia ke masjid. Pihak Jawatankuasa masjid harus lebih terbuka melalui kepelbagaian aktiviti dakwah kontemporari. Adakalanya jawatankuasa masjid masih terikat dengan gaya pengurusan lama dan kurang menerima idea baru yang dilontarkan generasi baru walaupun ianya tidak bersalahan dengan methodologi dakwah. Aktiviti dan program yang berbentuk riadhah dapat menarik minat belia perlu diperbanyakkan lagi. Aktiviti sebegini merupakan satu bentuk program yang benar-benar menarik minat belia dan merupakan ruang-ruang dakwah yang boleh diisi dengan pengisian rohani disamping beriadhah.

Paling penting bagi mewujudkan pengurusan masjid mesra belia, maka sudah pastilah pihak pengurusan masjid harus melakukan perubahan serta membuka ruang perbincangan untuk menjadikan masjid sebagai sebahagian daripada pusat latihan dan tarbiah remaja serta belia. Mereka harus memahami keperluan untuk mewujudkan ruang yang lebih terbuka khususnya dalam menyediakan pengisian untuk anak-anak muda di masjid. Maka sudah pasti keterbukaan ini memerlukan lebih ramai lagi ahli jawatankuasa masjid dilantik dari kalangan pemuda dan remaja bagi memudahkan penyaluran idea dan maklumat. Kesediaan dan keterbukaan ini seharusnya disambut dengan pemerkasaan jawatankuasa belia dan remaja sebagai sebuah jawatankuasa yang mampu merencana dan mencadangkan idea untuk pembangunan modal insan kelompok bakal pemimpin negara ini.

Tuesday, March 1, 2011

METODE YANG DISARANKAN RASULULLAH SAW DALAM MENCEGAH KEMUNGKARAN & CABARAN YANG DHADAPI OLEH KOMUNIKATOR ISLAM

Serulah kamu ke jalan Tuhanmu dengan hikmah(bijaksana) dan nasihat yang baik dan berhujjahlah dgn mereka dgn sebaik-baiknya.Sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang yang mendapat petunujuk.
(al-Nahl:125)
HIKMAH
-berkomunikasi dgn cara yg bijaksana,dlm batas2 kebenaran,sesuai dgn situasi & keadaan serta berkesan,dpt memuaskan hati pelbagai pihak seterusnya mencapai tujuan & matlamat komunikasi.
KONSEP
a)      Erti kemampuan memilih waktu untuk berbicara & berkomunikasi
b)      Menguasai pemikiran & jiwa masyarakat
c)      Dlm berkomunikasi atau kemahiran berkomunikasi

ADAB BERKOMUNIKASI DGN HIKMAH
·         Sentiasa senyum & hindarkan bermasam muka
·         Bercakap perlahan,tdk meninggikan suara
·         Ketawa perlahan-lahan
·         Berdiri & sentiasa berdiri jika pihak kedua atau ketiga juga berdiri
·         Persilakan orang berkenaan duduk & duduk bersamanya selepas itu
·         Jadilah org pertama menegur org lain
·         Org yg dlm keadaan bergerak hendaklah memberi salam kpd org yg tdk bergerak
·         Org yg menaiki kereta perlu memberi salam kpd org yg menunggang basikal
·         Org yg hendak memasuki majlis perlu member salam kpd mereka yg telah berada did lm majlis
·         Jawablah salam dgn lengkap,lakukan dgn suara & nada yg gembira ,ceria & mempersilakan
·         Sentiasa luruskan posisi tubuh ketika berkomunikasi.jgn duduk atau bersandar secara tiba2 kecuali atas sbb2 yg perlu & setelah meminta keizinan
·         Berikan tumpuan sepenuhnya terhadap apa yg diucapkan oleh org lain
·         Apabila bercakap atau mendengar percakapan org lain hendaklah memandang muka mereka
·         Jangan menguap di khalayak ramai
·         Katakan sedikit mungkin ttg diri sendiri
·         Belajar untuk menokok tambah dgn penuh sopan jika ada orang menyampaikan khabar di dlm majlis disertai dgn tujuan untuk menyeru kerahmatan kpdnya sewaktu bercakap
·         Sentiasa bercakap benar walaupun dlm bergurau
·         Layani setiap org dgn bermanis muka & menggunakan bahasa sopan tanpa mengira pangkat & darjat
·         Jgn suka memuji seseorang di hdpnnya,jika perlu pujilah di blkg.

KOMUNIKASI ASERTIF
-sbg satu pendekatan berdasarkan perkara berikut:
·         Mempengaruhi org lain secara positif yg boleh menggalakkan mereka mengenali potensi yg ada pd diri & org lain
·         Mengamalkan perilaku aktif,berinisiatif & sentiasa sensitive
·         Kesediaan untuk mengambil berat dgn member penekanan bhw setiap org mempunyai kelebihan & potensi sendiri
·         Keyakinan terhadap kemampuan diri yg menjurus individu untuk lebih bersedia menegakkan hak masing2 tanpa menidakkan hak orang lain serta tanpa rasa bersalah
·         Mengelakkan drp membuat tanggapan awal dgn menghapuskan penggunaan label,stereotaip & prejudis
·         Tanggungjawab terhadap diri sendiri
·         Kesediaan memenuhi kehendak & kebencian terhadap sesuatu dgn cara yg jelas tanpa memberi ancaman atau memperlekeh org lain
KEMAHIRAN MENYATAKAN TIDAK
·         Teknik menyatakan ‘tidak’ secara berkesan,ringkas & spesifik
·         Pernyataan & bukan pertanyaan
·         Bahasa yg sopan
·         Mencadangkan alternatif lain
·         Rujuk perkara berkenaan kpd org lain

NASIHAT YG BAIK
-memberi peringatan,amaran,khabar gembira,janji & ancaman
-mengajar(ta’lim) & mendidik(tarbiyah)
TAHAP BERFIKIR
·         Thp pertama-pemahaman intelek manusia terhadap segala sesuatu yg berada di luar alam semesta,yg berupa tanggapan diri.membolehkan akal melakukan perbezaan yg melaluinya manusia memperoleh sesuatu yg bermanfaat serta menolak sesuatu yg membawa kemudaratan diri.
·         Thp kedua-kemampuan berfikir yg boleh menyediakan manusia dgn segala idea & perilaku yg diperlukan dlm perhubungannya dgn persekitaran yg  diperoleh melalui pengalaman ,sehingga ia benar2 dirasakan bermanfaat .disebut sbg intelek eksperimen.
·         Thp ketiga-kemampuan untuk berfikir yg melengkapkan manusia dgtn pengetahuan(al-‘ilm) atau pengetahuan andaian (zann) ttg sesuatu objek yg berada melampaui tanggapan pancaindera tanpa melalui pengalaman hidup.disebut sbg intelek spekulatif (al-‘aql al-Nazari).seseorang mampu membuat perbandingan &penggabungan antara beberapa pengetahuan untuk menghasilakan pengetahuan baru.
·         Thp keempat-memberi tanggapan ttg wujud sbgmana adanya mengikut pelbagai genus9kepintaran0,perbezaan sebab-musabab & puncanya.manusia dpt mencapai kesempurnaann dlm realitinya & menjadi insan berfikiran murni serta jiwa yg sempurna(al,Haqiqahal-Insaniyah)

BERMUJADALAH (BERDEBAT) DGN CARA YG BAIK
1.Nabi Ibrahim a.s dgn Raja Namrud
2.Nabi Nuh dgn kaumnya
3.Rasulullah SAW dgn seorang pemuda yg meminta kebenaran untuk berzina

PERANAN MEDIA ISLAM DALAM PENYEBARAN MAKLUMAT ISLAM

Lima aspek terpenting:
1.      Menyebarkan peranan Islam & menjelaskan kebenaran kpd org ramai
2.      Mempertahan isu2 berkaitan dgn kehidupan ummah
3.      Menggunakan pendekatan & kaedah yg bijaksana dlm menjayakan proses komunikasi berkesan
4.      Melancarkan perang saraf terhadap musuh untuk menangkis serangan media Barat serta melemahkan hujah & posisi mereka di samping mengukuhkan sasaran & perspektif Islam
5.      Menghadapi perang media propaganda asing serta melindungi ummah dr usaha yg menyesatkan

HALANGAN & JENIS MEDIA KOMUNIKASI ISLAM

Halangan
1.      Mengutuk orang
2.      Memperkecilkan orang
3.      Membocorkan rahsia orang
4.      Mengumpat orang
5.      Memuji berlebihan
6.      Bertengkar
7.      Bercakap kotor dll.

Jenis media
1.      Al-Quran
2.      Jemaah atau organisasi
3.      Lisan
4.      Tulisan
5.      Lukisan atau gambar
6.      Perbuatan & bahasa badan termasuk isyarat
7.      Audio-visual


BENTUK & PRINSIP KOMUNIKASI ISLAM

Bentuk
1.komunikasi dgn Allah
-komunikasi yg paling tinggi darjatnya & yg paling mulia.
-bentuk vertikal & secara terus menerus(langsung).
-mendekatkan diri manusia dgn Allah,memohon petunjuk,menyatakan sesuatu atau mengadu tentang masalah hidup,berterima kasih atau bersyukur,menyerah diri,mohon perlindungan,menyembah dll.
-cara membaca Al-Quran,sembahyang,zikir,tasbih dll.
-perseorangan & kumpulan(jemaah),pd masa2 tertentu,masa yg afdal & pd bila2 masa.
2.komunikasi dgn sesame manusia
-dgn cara individu dgn individu,individu dgn kumpulan &komunikasi antara kumpulan(organisasi).
-secara langsung atau bersemuka & tdk langsung.
-dialog,ceramah,perundingan,kaunseling,belajar-mengajar,perbualan telefon,khutbah dsbgnya.
3.komunikasi dgn diri sendiri
-bercakap-cakap dgn diri sendiri spt proses berfikir,menghisab diri atau muhasabah diri,ibadah2 harian,proses mengenal diri dll.
-sgt dituntut supaya selalu berhati-hati & selalu menilai prestasi diri.
4.komunikasi manusia dgn alam sekitar
-memenuhi keperluan manusia &untuk menjaga kelestarian alam.
Prinsip
1.benar
a)      Sesuai dgn kriteria kebenaran
-pertama,Allah menyuruh manusia menyampaikan ucapan yg benar(qawlan sadidan) dlm urusan anak yatim & keturunan.
-kedua,Allah memerintahkan berkata jujur sesudah taqwa.

QAWLAN SADIDAN:percakapan yg benar,jujur,lurus,tdk bohong,tdk berbelit-belit & jujur

b)      Al-Quran menyatakan bahawa berkomunikasi yg benar adalah pra-syarat untuk kebenaran amal

Cara menutupi kebenaran dgn komunikasi:
-menggunakan kata2 yg sgt abstrak,kabur atau menimbulkan penafsiran yg bertentangan.
-org menutupi kebenaran dgn menciptakan istilah yg diberi makna yg lain.
2.bercakap dgn lemah-lembut
3.menggunakan perkataan yg baik2
4.hikmah & nasihat yg baik
5.menyesuaikan bahasa & isi percakapan dgn tahap kecerdasan akal pandangan
6.berbahas dgn cara yg lebih baik
7.menyebut perkara penting berulang-ulang kali
8.mengotakan apa yg dikatakan

Dr.Mohd Yusof Hussain dlm menerangkan prinsip2 komunikasi menegaskan pentingnya pendakwah menggunakan prinsip2 komunikasi yg betul iaitu:
A.     Hikmah
-pendakwah dpt membuka hati org untuk menimbangkan,menyetujui & melaksanakan apa yg didorongkan.
-bererti bijak menyampaikan utusan melalui pemilihan perkataan,ungkapan & ayat yg sesuai dgn umur,pendidikan,jawatan,status sosio-ekonomi,tahap  keimanan,tahap amalan,perasaan hati & keadaan fizikal seseorang.

B.     Mauizatul Hasanah
-dorongan & nasihat supaya meninggalkan yg mungkar & melakukan yg makruf secara baik iaitu dgn menggunakan bahasa lembut & nada suara yg enak didengar & dgn air muka & pandangan yg menunjukkan bhw kita betul2 ikhlas & berniat baik.