Monday, March 21, 2011

ETIKA KOMUNIKASI ISLAM DAN KEWARTAWANAN DALAM MASYARAKAT

Allah Ta’ala berfirman: “Dan berkat rahmat Allah engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu,….”
(Ali Imran ayat 159)
Menurut Jalaluddin Rachmat ada lima saranan dalam al-Quran berkait dengan etika komunikasi. Iaitu:

PERTAMA:
 qaulan sadida ( al-Nisa' :9)
Bermaksud isi pesan harus jujur dan benar. Ertinya informasi haruslah disampikan dengan jujur dan benar tanpa dibuat-buat, tidak menambah atau mengurangi isi berita.

KEDUA:
 qaulan ma'rufa ( al-Nisa' :5)
Iaitu menyeru kepada kebenaran dan kebaikan.

KETIGA: qaulan baligha (al-Nisa' :63)
Bermaksud informasi yaang inigin disampaikan kepada masyarakat hendaklah berupa kata-kata yang mampu memberkas pada jiwa seseorang.

KEEMPAT:
 qaulan maisura (al- Isra': 28)
Bermaksud informasi yang ingin disampaikan hendaklah merupakan ucapan yang layak dan baik untuk dibicarakan.

KELIMA:
 qaulan karima (al- Isra': 23)
Bermaksud informasi haruslah berupa perkataan-perkataan yang mulia.

Bila kelima-lima saranan ini di atas dijadikan acuan dalam komunikasi nescaya tidak akan terjadi salah maklumat dan penyelewengan yang mampu memporak perandakan masyarakat.

Kewartawanan ialah apa saja yang berkaitan dengan bidang tugas wartawan dan segala yang berkaitan dengan hal penerbitan dan penulisan surat khabar atau majalah ( kamus dewa edisi 1993 :1461). Malahan kewartawanan juga melibatkan bidang komunikasi penyiaran, televisyen dan radio dan apa saja yang bersifat memberi maklumat sama ada lukisan-lukisan dalam gua-gua purba, batu bersurat, tulisan pada batu-batu nisan hinggalah kepada gambar dan tulisan pada wang dan setem-setem ( H.M Tuah Iskandar 1997:1)

Wartawan Islam
wartawan islam ialah wartawan-wartawan bebas. Akidah tauhid yang mantap dalam jiwa membebaskan mereka dari belenggu perhambaaan sesama manusia dan makhluk lain. Natijah daripada itu, membebaskan mereka dari sebarang pengaruh, baik dari segi kebendaan, pangkat, kedudukan dan nama, bebas dari orang-orang yang berpengaruh dan juga bebas daripada memperalat dan diperalat. Wartawan Islam bertugas demi mencari keredhaan Illahi. Bersenjatakan mata pena mereka berjihad menulis dan melapur berita dan maklumat atas dasar kebenaran dan keadilan bagi membentuk masyarakat agar bertakwa dan cintakan kebaikan.

Kesimpulannya, seorang wartawan Islam itu mestilah melaksanakan tanggungjawab agama di samping tanggungjawab sosial. Mereka adalah pewaris tugas menyebar ilmu dan maklumat sebagaimana yang dilalui oleh mereka yang terdahulu. Wartawan Islam yang sejati ialah mereka yang bertugas atas niat kerana Allah dan melaksanakan tugas mengikut landasan dan ketetapan Islam bagi menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar.


No comments:

Post a Comment